suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak 6 tahun dirogol sampai mati, mayat ditemukan dalam kereta

Orang dewasa tidak sepatutnya mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak yang lemah. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak perempuan diserang secara seksual dan dibunuh sebelum mayatnya diletakkan di dalam sebuah kereta.

Polis India mengesahkan mayat mangsa diletakkan di dalam sebuah kereta berkunci di bandar Durg di Chhattisgarh.

Menurut ahli keluarga, mangsa yang berusia enam tahun menghadiri sebuah majlis di rumah saudaranya pada pagi Ahad.

Bagaimanapun, dia tidak pulang ke rumah sehingga petang sebelum ahli keluarganya melancarkan pencarian, kata seorang pegawai.

Keluarganya turut membuat laporan pada hari sama sebelum mayat kanak-kanak itu ditemukan pada Ahad malam.

Menurut polis, badan mangsa itu mempunyai kesan kecederaan dan laporan perubatan mengesahkan berlakunya serangan seksual.

Tiga suspek ditahan pada Isnin untuk membantu siasatan. - Agensi.

 

Artikel Lain