suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Selepas anak pesakit dirogol doktor pelatih, bapa pula meninggal dunia

Seorang pesakit meninggal dunia selepas menjalani pembedahan. -Gambar hiasan

BAPA kepada mangsa dalam kejadian rogol membabitkan seorang doktor pelatih di sebuah hospital, meninggal dunia selepas menjalani pembedahan.

Pesakit itu menghembuskan nafas terakhirnya pada 28 Mac lalu.

Abang ipar mangsa, Agus berkata, bapa mentuanya dimasukkan ke hospital pada 16 Mac lalu.

Bagaimanapun, Agus tidak menjelaskan mengenai penyakit yang dihidapi bapa mertuanya.

Namun katanya, arwah menerima cadangan pembedahan daripada pihak hospital ketika menjalani rawatan.

"Masuk 16 Mac lalu, ada rawatan selama beberapa hari dan saranan hospital untuk dibedah.

"Sebelum pembedahan, 18 hari lalu ada insiden dengan adik saya," katanya kepada pemberita, pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor pelatih didakwa rogol anak pesakit di hospital, kondom berisi air mani dirampas

Sehari selepas kes rogol, bapa mentuanya masuk ke bilik bedah dan ketika itu pembedahan berjalan lancar.

Bagaimanapun kata Agus, keadaan kesihatan bapa mentuanya terus merosot sehingga akhirnya meninggal dunia pada 28 Mac lalu.

Terdahulu, dilaporkan seorang doktor pelatih menggunakan alasan pemindahan darah untuk membawa mangsa iaitu anak pesakit ke bilik lain. Pemindahan darah itu dikatakan untuk bapa mangsa yang terlantar di hospital.

Doktor berkenaan kemudian meletakkan ubat pelali kepada mangsa sebelum merogolnya.

Mangsa hanya menyedari sesuatu yang pelik selepas dia membuang air kecil dan berasa sakit.

Dia juga melakukan pemeriksaan kesihatan dan mendapati terdapat air mani.

Mangsa kemudian membuat laporan polis dan suspek ditahan untuk siasatan. -Agensi

Artikel Lain