suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mayat remaja perempuan dijumpai di sawah padi, dipercayai dibunuh kekasih angkara cemburu

Mayat seorang remaja perempuan ditemukan di sawah padi. Foto FB

MAYAT remaja perempuan berusia 18 tahun ditemukan di sebuah sawah padi, dipercayai dibunuh.

Mangsa yang dikenali sebagai Focus, mengalami kecederaan parah di kepala, dipercayai dipukul hingga mati menggunakan objek keras sebelum mayatnya dibuang di sawah padi.

Susulan itu, polis menahan seorang pemuda berusia 19 tahun, disyaki membunuh teman wanitanya.

Mayat mangsa ditemukan di sawah padi di  wilayah Chai Nat, Thailand, pada Khamis lalu. 

Pada mulanya mayat tersebut disangka patung terbaring di tanahnya, dan mengabaikannya sebelum mengalih objek tersebut.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila kembali pada petang itu, kerana mendapati ia adalah mayat, dan bukannya patung. Dia kemudian menghubung polis berhubung penemuan mayat itu.

Berdasarkan soal siasat ibu dan rakan-rakan Focus, suspek yang merupakan teman lelaki mangsa ditahan untuk membantu siasatan.

Pemeriksaan di rumah suspek turut menemukan pakaian serta motosikal yang mempunyai kesan darah dan lumpur.

Selain itu, telefon bimbit milik mangsa turut ditemukan, sehingga membawa kepada penahanan suspek. 

Siasatan awal mendapati suspek melakukan perbuatan itu kerana cemburu, dan dalam keadaan mabuk ketika kejadian berlaku.

Suspek berdepan dengan pertuduhan kerana membunuh. -Agensi

 

 

 

 

 

 

Artikel Lain