SEORANG lelaki maut akibat ditikam pada bahagian dada oleh teman wanitanya yang berang kerana mangsa menghabiskan wang untuk bermain judi dalam talian.Kejadian berlaku di sebuah bilik tumpangan di Lubuk Baja, Batam, Kepulauan Riau, awal pagi Khamis. Menurut polis, sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara mangsa yang berusia 36 tahun itu dengan kekasihnya. "Mangsa dan suspek bertengkar dan suspek kemudiannya mengambil pisau di dapur dan menikam mangsa pada bahagian dada," kata Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Lubuk Baja, Iptu Noval Adimas Ardianto.Noval berkata, mangsa yang ditikam sekali di dada kemudian melarikan diri dari bilik penginapan di tingkat dua.Setibanya di tingkat satu, mangsa rebah dan tidak sedarkan diri."Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Elisabeth untuk rawatan perubatan. Ketika pemeriksaan pasukan perubatan, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya.Polis yang menerima maklumat mengenai kejadian tersebut segera ke Hospital Elisabeth untuk menahan suspek yang turut berada di sana.Ketika disoal siasat, suspek mengaku melakukan perbuatan tersebut. Ketika ini, suspek sudah ditahan untuk tindakan lanjut. -Agensi