Seorang lelaki dari daerah Sehore merangkak untuk menyampaikan surat aduan sebagai tanda protes isu bekalan air. -Foto Indiatoday
TIDAK tahan dengan masalah bekalan air di kampungnya, seorang lelaki bertindak mengepil kertas aduan yang diikat dengan tali dan melekatkan pada badannya, bagi menunjukkan protes terhadap pihak berkuasa tempatan.Malah, lelaki dari daerah Sehore, Madhya Pradesh tersebut merangkak ke pejabat pentadbir untuk menyampaikan surat aduan yang panjang berjela itu. "Saya berada di sini untuk mendapatkan air. Saya telah mengemukakan permohonan kepada menteri dan ketua menteri untuk mengetengahkan krisis air di kampung kami."Apabila tiada apa-apa berlaku, saya datang ke sini dengan aduan," katanya.Lelaki tersebut turut menuduh penyelaras di kampungnya menghalang usaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air dan terlibat dalam rasuah.Dia mendakwa masalah bekalan air di kampungnya sangat kritikal sehingga penduduk terutamanya wanita, terpaksa mengangkut air dalam kuantiti terhad untuk keperluan penting.Bagaimanapun, dakwaan lelaki tersebut disangkal pihak berkuasa tempatan.Seorang jurutera di jabatan Kejuruteraan Kesihatan Awam, memberitahu pemberita bahawa penyelesaian alternatif sudah dilaksanakan.Menurutnya, sebanyak 20 pam tangan dibina di mana 12 daripadanya berfungsi, bagi menampung keperluan penduduk kampung tersebut yang mempunyai sekitar 2,100 orang.Ini bukan kali pertama Madhya Pradesh menyaksikan protes luar biasa oleh rakyat untuk menyuarakan aduan.Sebelum ini, seorang petani warga emas berguling-guling di lantai pejabat daerah Mandsaur, mendakwa tiada tindakan diambil terhadap aduannya mengenai dakwaan rampasan tanah. -Agensi