suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Budak perempuan tertembak kaki sendiri gara-gara bermain pistol pen ditemui di bilik bapa tiri

Mangsa diberi pertolongan cemas sebelum dihantar ke hospital. -Foto Thaiger

SEORANG kanak-kanak perempuan berusia empat tahun mengalami kecederaan pada kaki kanan gara-gara tertembak dirinya dengan pistol pen (pun gun) yang ditemui di bilik bapa tirinya.

Ketika kejadian pada Selasa, kanak-kanak tersebut bersama beberapa rakannya sedang bermain di rumahnya yang terletak di wilayah Samut Prakan, Bangkok. 

Sepupu mangsa yang berusia 16 tahun segera menghubungi polis selepas terdengar bunyi tembakan dan tangisan mangsa. 

Pasukan penyelamat yang turut tiba di tempat kejadian memberikan pertolongan cemas sebelum menghantar mangsa ke hospital berdekatan.

Difahamkan, pistol pen itu adalah milik rakan kepada bapa tiri mangsa.

Susulan kejadian itu, polis merampas sepucuk pistol pen .38 serta peluru.

Polis juga akan menjalankan soal siasat menyeluruh terhadap mangsa dan ahli keluarga lain untuk mengenal pasti pemilik sebenar pistol berkenaan. -Agensi

 

Artikel Lain