suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiba-tiba berhenti di tempat sunyi, pemandu teksi ambil kesempatan rogol penumpang

Perogol biasanya akan menyasarkan kawasan sunyi untuk melempiaskan nafsu mereka. -Gambar hiasan

SEORANG wanita mendakwa dirogol oleh pemandu teksi ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang pada malam Isnin.

Menurut polis, mangsa merupakan warga Jerman berusia 25 tahun yang sedang bercuti di negara India.

Sebelum kejadian, wanita itu berkunjung ke beberapa lokasi di sekitar bandar Hyderabad bersama rakannya dan beberapa individu lain.

Setelah menghantar penumpang lain, pemandu tersebut meneruskan perjalanan untuk menghantar mangsa ke lapangan terbang. 

ARTIKEL BERKAITAN: Warga emas rogol budak 3 tahun lepas umpan gula-gula… Doktor sahkan ada kecederaan pada alat sulit

Namun, ketika tiba di Mamidipally, suspek berhenti di kawasan terpencil sebelum didakwa merogol wanita itu dan melarikan diri.  

Mangsa berjaya menghubungi polis dan segera membuat laporan di Balai Polis Pahadishareef. 

Polis kini sedang menjejaki suspek.

Mangsa pula dihantar untuk pemeriksaan perubatan, dan sekumpulan pegawai polis wanita turut mengiringinya. - Agensi.

Artikel Lain