suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi ketika takbir... Suami tetak jari isteri guna golok, kantoi 'call' lelaki lain malam raya

Keganasan dalam rumah tangga merupakan satu kesalahan jenayah. -Gambar hiasan

MALAM ketika takbir raya berkumandang bertukar tragedi apabila seorang wanita cedera parah akibat dicederakan suaminya dalam kejadian pada Ahad malam.

Mangsa berusia 40 tahun itu mengalami kecederaan serius di tangan selepas suaminya bertindak ganas dengan menetaknya menggunakan sebilah golok. 

Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam di Kampung Bunisari, Sumedang di Indonesia.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Sumedang, AKP Uyun Saeful Uyun, kejadian berlaku selepas suspek menangkap isterinya sedang berbual menerusi telefon dengan seorang lelaki lain.

"Suspek sempat menegur isterinya, tetapi mangsa tidak mengendahkannya. 

"Akibat marah dan cemburu, suspek mengambil golok dari dapur dan terus menetak isterinya," katanya pada Isnin.

Akibat serangan itu, jari tangan mangsa hampir putus dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Daerah Umar Wirahadikusumah.

Suspek ditahan di Ibu Pejabat Polis Sumedang untuk siasatan lanjut. -Agensi

Artikel Lain