suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri bau busuk terungkai… Mayat wanita tanpa kepala ditemukan dalam beg pakaian, dicampak dalam semak

Proses bedah siasat lazimnya dilakukan untuk mengenal pasti punca kematian. -Gambar hiasan

BAU busuk yang menghantui penduduk kampung terbongkar susulan penemuan mayat seorang wanita tanpa kepala di dalam beg pakaian berwarna merah berhampiran semak.

Menurut polis, penduduk kampung tampil membuat laporan berikutan bau kurang menyenangkan itu berlarutan sejak seminggu lali. 

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah kampung di Mawai,  Khedipul, India.

Pasukan forensik yang dikejarkan ke tempat kejadian tidak menolak kemungkinan mayat tersebut terbiar kira-kira seminggu lalu.

Siasatan sedang dijalankan untuk mengesan bahagian anggota badan lain wanita itu, yang identitinya masih belum dapat dipastikan, kata polis.

"Keadaan badan mayat yang ditemui dalam beg pakaian itu sangat teruk. Dijangka lebih kurang seminggu beg pakaian itu dibuang di situ," kata Timbalan Pesuruhjaya Polis, Usha Devi.

Ujarnya polis kini sedang menyoal siasat penduduk yang tinggal berhampiran sebagai sebahagian daripada siasatan.

Mayat wanita berkenaan kini dihantar ke hospital untuk tujuan bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain