suria

Pakcik kantoi cabul budak lelaki dalam tandas, gagal kawal nafsu walaupun baru jalani pembedahan

Koson ditangkap selepas dia mencabul seorang budak lelaki. -Foto Channel 7

SEORANG lelaki ditangkap selepas dia mencabul seorang kanak-kanak di dalam tandas sebuah pusat beli belah pada 30 Mac.

Pelaku yang dikenali sebagai Koson, 56, ditangkap oleh pengawal keselamatan sebelum dia diserahkan kepada pihak polis.

Koson mengalami luka di muka selepas dia diserang oleh ibu bapa mangsa semasa ditahan.

Menurut laporan di Saluran 7, Koson memperdaya sekumpulan kanak-kanak supaya mengikutnya ke tandas dengan menjanjikan wang kepada mereka.

Dia kemudiannya mencabul salah seorang kanak-kanak itu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan Koson memasuki tandas bersama seorang budak lelaki. 

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Minah kilang’ mengaku bersalah cabul 'GF' bawah umur

Empat budak lelaki lain mengekori mereka ke bilik air dan melarikan diri sejurus menyaksikan perbuatan tidak senonoh Koson.

Empat budak lelaki itu melaporkan kejadian tersebut kepada ibu bapa mereka dan pengawal keselamatan pusat beli-belah, yang segera menahan Koson sebaik keluar dari tandas bersama mangsa.

Koson menangis sepanjang wawancara dan memberitahu polis dia tidak mempunyai keluarga dan kehilangan tempat tinggal.

Dia mengaku tinggal di sebuah kuil dan baru-baru ini menjalani pembedahan pada kedua-dua kaki.

Koson mengakui dia tertarik dengan budak lelaki berusia antara 12 dan 14 tahun.

Koson telah didakwa dan kini ditahan di Mahkamah Jenayah Thon Buri, menunggu perbicaraan seterusnya. - Agensi.

Artikel Lain