suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekali servis RM200... Ibu, anak perempuan 17 tahun ditahan kerana melacur

Ibu dan anak ditahan dalam operasi membanteras aktiviti pelacuran. Foto ศูนย์แจ้งข่าวบุรีรัมย์ Facebook

POLIS menahan seorang ibu dan anak perempuannya berusia 17 tahun kerana didakwa terlibat dalam kegiatan pelacuran dalam talian.

Penahanan itu dibuat menerusi satu operasi, melibatakan penyamaran anggota polis sebagai pelanggan.

Dua beranak berkenaan ditahan di Buriram, Thailand pada Selasa.

Pasukan penyiasat dari Polis Wilayah Buriram dimaklumkan mengenai siaran dalam talian yang mengiklankan perkhidmatan seksual melalui aplikasi.

Polis Kolonel Yutthapong Rodnuan dan Polis Kolonel Wachirawit Wannathani mengatur rancangan untuk menjalankan operasi penyamaran.

Pasukan penyiasat menyamar sebagai pelanggan, merundingkan harga sebanyak 1,500 baht (kira-kira RM198) untuk perkhidmatan tersebut.

Satu pertemuan diatur di sebuah resort di daerah Lam Plai Mat, apabila seorang wanita berusia 40 tahun tiba bersama seorang gadis dengan menaiki motosikal.

Polis kemudian mendedahkan diri mereka dan menahan kedua-dua ibu serta anak perempuan itu di bilik peranginan.

Memetik laporan Khaosod, siasatan awal mendapati kedua-duanya terlibat dalam penyiaran iklan tersebut.

Pertuduhan awal terhadap wanita itu dan anak perempuannya termasuk pemerdagangan manusia dan memudahkan atau membawa seseorang di bawah umur 18 tahun ke dalam pelacuran, tanpa mengira persetujuan. -Agensi

 

 

Artikel Lain