suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki jadi ‘buaya’ lepas pukul isteri, merangkak di jalan raya ketika polis tiba 

Seorang lelaki merangkak seperti buaya selepas memukul isteri. Foto dok. istimewa

SEORANG suami bertukar menjadi 'buaya' selepas memukul isterinya pada Ahad.

Lelaki berusia 40 tahun itu dilihat kerasukan dan merangkak seperti buaya apabila polis tiba di rumah untuk menahannya.

Terdahulu, polis menerima laporan keganasan rumah tangga yang dibuat isteri lelaki berkenaan.

"Apabila kita ingin menahan suspek, dia tiba-tiba seperti dirasuk dengan tingkah laku menyerupai buaya.

"Dia merangkak seperti buaya di jalan raya, selain membawa pisau dan bercakap seorang diri," kata Pegawai Pusat Perkhidmatan Polis  Manggala, Aiptu Mustafa.

Kejadian berlaku di Kampung Manggala di daerah Manggala, Indonesia.

Aiptu berkata isteri lelaki itu bagaimanapun menarik laporan dipukul selepas melihat suaminya berkelakuan sedemikian.

"Dia menganggap suaminya tidak sedarkan diri atau dirasuk ketika memukulnya," katanya.-Agensi

Artikel Lain