suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang nombor telefon kena ‘block’, lelaki ugut tembak rakan

Seorang pemuda ditahan kerana mengugut rakan menggunakan pistol. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki didakwa mengugut untuk membunuh dua bekas rakan sekerjanya menggunakan pistol, dalam kejadian pada Isnin.

Polis memberitahu, suspek berusia 26 tahun melakukannya selepas tidak berpuas hati dengan salah seorang mangsa yang menyekat panggilan telefonnya.

"Suspek pernah bekerja dengan mangsa berusia 24 tahun sebelum berhenti kerja pada 18 Oktober lalu dan berpindah ke kampung halaman.

"Dia kemudian kerap menghubungi rakan perempuannya itu sehingga mangsa terpaksa menyekat (block) nombor telefonnya," kata polis.

Kejadian tersebut berlaku di Kandivali, India.

Menurut polis, suspek datang ke pejabat mangsa pada Isnin dan mengeluarkan pistol sebelum mengacu senjata itu ke arah mangsa

"Suspek turut mengancam untuk membunuh mangsa bersama seorang lagi rakan sekerja jika tidak mempedulikan panggilannya.

"Dia turut memberi amaran supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum dia meninggalkan pejabat," kata polis.

Mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada polis. Susulan itu, polis menahan suspek untuk siasatan lanjut.

Polis turut merampas pisol yang digunakan suspek dan kes disiasat mengikut Akta Senjata Api. -Agensi

Artikel Lain