suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tertidur di ladang tebu.. Remaja maut digilis jentera penuai

Jentera yang menggilis mangsa. -Lan Krabue Rescue

SEORANG remaja lelaki yang sedang tidur di ladang tebu maut selepas digilis jentera penuai yang dipandu bapa saudaranya.

Kejadian pada Selasa itu hanya disedari bapa saudaranya selepas terlihat percikan darah keluar dari jentera berkenaan.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mayat remaja itu dipenuhi darah berada berhampiran jentera penuai.

Remaja yang maut itu dikenali sebagai Anusorn Konwicha dan kejadian berlaku di Kampaengphet, Thailand.

Bapa saudara mangsa, Jariyawat Waree, 26, memberitahu polis Anusorn bahawa sebelum itu dia melihat remaja berkenaan berada di ladang tebu tersebut.

Namun dia tidak menyedari bila anak saudaranya itu berbaring untuk tidur sebelum secara tidak sengaja menggilisnya.

Dia hanya menyederi kejadian berkenaan selepas melihat percikan darah. -Agensi

Artikel Lain