suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak datang makan tengah hari, cef terkenal ditemukan mati dalam bilik hotel

Forés meninggal dunia dalam sebuah bilik hotel di Hong Kong.

CEF terkenal Filipina, Margarita Araneta Forés meninggal dunia pada usia 65 tahun.

Usahawan itu ditemukan tidak sedarkan diri di bilik hotelnya di Hong Kong selepas tidak menghadiri acara makan tengah hari yang dijadualkan. A

Anaknya, Amado Forés, mengesahkan berita duka itu melalui Instagram pada Selasa, namun punca kematian tidak didedahkan.

Forés memulakan kerjayanya dalam bidang katering sebelum membuka rangkaian restoran Itali terkenal, Cibo, pada tahun 1997.

Cibo kini mempunyai lebih daripada 20 cawangan di seluruh Filipina.

Sepanjang kerjayanya, Forés pernah bekerjasama dengan chef terkenal Gordon Ramsay dan bertemu dengan penyanyi Ed Sheeran. - Agensi.

Artikel Lain