suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! Nahas trak pikap rempuh treler libat 2 mangsa, botol minuman keras ditemukan dalam kenderaan

Keadaan di sekitar lokasi nahas.

SEBUAH trak pikap terbabas ke jalan bertentangan dan bertembung dengan treler, menyebabkan ia hilang kawalan sehingga menjunam memasuki saluran pengairan.

Dalam kejadian pada 27 Januari itu, pihak polis menemukan trak pikap berwarna putih jenis Isuzu sudah terbalik dan tenggelam di dalam terusan.

Pemandu lelaki di dalam trak pikap itu ditemukan dengan kecederaan parah pada bahagian kepala, mangsa dikenali sebagai Piyyathat Kongsorn, 31, disahkan maut di tempat kejadian.

Nahas tragis itu berlaku di Lebuhraya 3043 sekitar daerah Uthai, Thailand.

Alat khas terpaksa digunakan untuk membawa keluar mangsa, turut ditemukan di dalam kenderaan adalah beberapa botol minuman keras yang sudah pecah.

Sementara itu, pemandu treler yang dirempuh oleh trak pikap berkenaan dibawa ke balai polis bagi membantu siasatan, mangsa ketika disoal siasat tidak memberikan sebarang respons kerana masih terkejut dengan nahas yang baru berlaku.

Mayat mangsa yang meninggal dunia diserahkan ke hospital untuk proses bedah siasat. -Agensi

Artikel Lain