suria

Anggota tentera pukul orang awam, bengang kereta bergesel ketika jalan sesak

Kemalangan jalan raya boleh melibatkan sesiapa sahaja. -Gambar hiasan

PERASAAN amarah yang tidak dikawal boleh membawa padah.

Begitulah kisahnya apabila seorang anggota tentera tergamak memukul pemandu kereta yang merupakan orang awam.

Dalam kejadian di Jakarta Timur, Indonesia pada Rabu (22 Januari) itu, ketegangan dikatakan berpunca daripada kenderaan yang dipandu orang awam terbabit bergesel dengan kereta milik anggota tentera berkenaan.

Menerusi rakaman papan pemuka yang menjadi tular, kelihatan kedua-dua kenderaan itu baru keluar dari plaza tol tatkala keadaan trafik yang sesak sebelum kejadian berlaku.

"Selepas saya melepasi lampu isyarat, sebuah kereta dengan nombor plat tentera melanggar saya pada sisi.

"Kemudian seorang lelaki yang memakai baju T celoreng keluar daripada kereta sambil menghamburkan kata-kata kesat, dia kemudian bertindak memukul saya," ujarnya.

Dalam pada itu, jurucakap tentera Indonesia berkata pihaknya sedang menyiasat kes tersebut untuk menentukan butiran kejadian.

"Anggota kami pasti akan dikenakan tindakan disiplin sekiranya didapati bersalah," katanya. -Agensi

Artikel Lain