suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat melambung seperti roller coaster, hampir 40 cedera dalam penerbangan United Airlines

Tangkap layar video tular memaparkan keadaan di dalam pesawat selepas mengalami gelora udara.

SEBUAH pesawat United Airlines mengalami pergolakan udara yang kritikal sehingga memaksa penerbangan itu untuk mendarat cemas.

Difahamkan pesawat jenis Boeing 787-800 itu membawa 245 penumpang dan 11 anak kapal, 40 daripada mereka mengalami kecederaan akibat gelora udara dalam kejadian pada Jumaat.

Insiden pergolakan udara terbabit berlaku sekitar 1 jam 33 minit selepas Penerbangan 613 itu berlepas dari Nigeria, ia sedang dalam perjalanan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Dulles di Virginia, Amerika Syarikat.

Menerusi foto yang menjadi tular di media sosial, kelihatan bagasi dan bekas makanan berselerak di atas lantai susulan pesawat berkenaan kehilangan altitud secara mengejut.

Akibat kejadian gelora udara itu, pesawat terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Murtala Muhammed di Nigeria.

Beberapa rakaman video yang tersebar memaparkan penumpang berada dalam keadaan panik dan menjerit ketakutan.

Empat penumpang dan dua kru kabin yang mengalami kecederaan parah dibawa ke Hospital Duchess untuk menerima rawatan lanjut.

Siasatan sedang dijalankan oleh syarikat penrbangan United Airlines untuk menentukan punca kejadian. -Agensi

Artikel Lain