suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua maut pesawat ringan terhempas di laut

Pesawat ringan terhempas di pantai Ras Al Khaimah, UAE. Foto X

SEBUAH pesawat ringan terhempas pada Ahad, mengorbankan dua orang.

Kejadian berlaku di pantai Ras Al Khaimah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Perkara itu dimaklumkan oleh pihak berkuasa penerbangan Emirati.

"Sebuah pesawat ringan yang dikendalikan oleh Jazirah Aviation Club terhempas ke dalam laut.

"(Nahas) meragut nyawa juruterbang dan pembantu juruterbang," menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam dalam satu kenyataan.

ARTIKEL BERKAITAN: Nahas Jeju Air: 179 penumpang dan anak kapal dikhuatiri maut, dua terselamat

ARTIKEL BERKAITAN: 38 maut nahas pesawat di Kazakhstan

Menurut kenyataan itu, satu siasatan dijalankan bagi mengenal pasti punca nahas.

Tambah kenyataan itu, mangsa merupakan warga India dan Pakistan.

"Nahas berlaku sejurus selepas berlepas, dekat pantai," menurut pihak berkuasa penerbangan. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain