suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cium pipi, raba dada... Guru lelaki disiasat atas dakwaan cabul 2 murid perempuan

Seorang guru disiasat atas dakwaan cabul. -Gambar hiasan

SEORANG guru lelaki disiasat berikutan dakwaan mencabul dua murid perempuan.

Siasatan itu susulan laporan yang dibuat oleh ibu bapa mangsa.

Kejadian berlaku di sebuah sekolah rendah di Phuket, Thailand.

Timbalan Ketua Siasatan Polis Phuket, Pawiinuch Kongsut berkata, aduan pertama difailkan pada 27 Disember oleh ibu bapa kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun.

Menurut laporan itu, murid berkenaan memaklumkan ibu bapanya berhubung kejadian yang melibatkan seorang guru lelaki, didakwa mencium pipinya dan memegang perutnya.

Pada hari sama, satu pasangan ibu bapa lain pula tampil membuat aduan melibatkan anak perempuan mereka berusia lapan tahun.

Guru berkenaan didakwa mencium pipi dan menyentuh dada anak perempuan mereka.

Tanpa mendedahkan nama sekolah dan identiti mereka yang terlibat, polis kini sedang menjalankan siasatan berhubung perkara itu. -Agensi

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain