suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bahana suami taksub permainan video, wanita buta selepas dua bulan kahwin

Wanita ini buta kekal selepas dipukul suami.

GARA-GARA tidak memberikan wang untuk aktiviti perjudian dalam permainan video, seorang wanita cedera parah sehingga disahkan buta akibat dipukul suaminya.

Lebih menyedihkan apabila dia baru sahaja dua bulan mendirikan rumah tangga bersama lelaki terbabit.

Berkongsi cerita, wanita yang berasal dari Mongolia ini berkata, konflik rumah tangganya bermula apabila suaminya taksub dengan permainan dalam talian selepas mereka berpindah ke Henan di China untuk bekerja.

Ujarnya yang baru berusia 28 tahun, masalah kewangan yang dihadapi membuatkan suaminya mula menjadi baran.

Bukan itu sahaja, suaminya juga menuntut mas kahwin yang diberikan sehingga hampir habis.

Bimbang dengan situasi kewangan yang dialami, wanita ini cuba untuk berbincang dengan suaminya.

Namun tanpa diduga, dia dipukul menggunakan kuali sehingga mengakibatkan kecederaan parah.

Susulan itu, dia terpaksa menghabiskan masa berbulan-bulan dalam rawatan rapi sebelum disahkan mengalami buta kekal akibat pendarahan serebrum yang telah merosakkan atrofi saraf optik.

Kesan kecederaan yang berlaku membuatkan keluarga wanita ini mendapatkan perintah perundangan.

Pada 30 Ogos 2024, mahkamah di Zhengzhou menjatuhkan hukuman penjara 11 tahun kepada lelaki terbabit kerana membunuh dengan sengaja, berikutan klasifikasi kecederaan Xiaoxue sebagai 'teruk'. - Dim Sum Daily

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain