suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lacurkan isteri kerana nak beli kek hari jadi anak, lelaki berdepan hukuman penjara 15 tahun

Suspek berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun kerana melakukan pemerdagangan manusia. - Gambar Agensi

SEORANG lelaki di Mojokerto, Jawa ditahan polis selepas sengaja 'menjual' isterinya dengan menawarkan perkhidmatan seks demi meraih wang.

Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKP Achmad Rudi Zaeny, lelaki tersebut mengiklankan isterinya yang berusia 25 tahun menerusi laman Facebook.

Ujarnya, lelaki tersebut meletakkan bayaran berjumlah Rp 1.5 juta (kira-kira RM421.25) kepada pelanggan yang berminat, selain bayaran pendahuluan sebanyak Rp 200 ribu (RM56.17) melalui pemindahan wang dalam talian.

Pasangan berkenaan bersama seorang pelanggan ditangkap polis pada 10 September lalu, ketika sedang berurusan mengenai perkhidmatan berkenaan di sebuah hotel.

"Isterinya mengaku bahawa hasil wang tersebut akan digunakan untuk membeli sebiji kek sempena hari lahir anak mereka yang berusia enam tahun," katanya dipetik Detik, pada Selasa.

Lelaki tersebut didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia, dan bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda maksium sehingga Rp600 juta (RM168,508).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain