suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemandu Honda kuning hilang kawalan, rempuh van bawa pelajar sekolah... 5 individu cedera

Lima individu yang cedera dihantar ke sebuah hospital untuk menerima rawatan.

TIGA pelajar cedera apabila van yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta pada Isnin.

Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta Honda berwarna kuning hilang kawalan sebelum merempuh van itu yang diletakkan berhampiran sebuah kedai di daerah Phrom Khiri, Thailand.

Van sekolah itu dipandu oleh Amphol Petchanil yang berusia 52 tahun, manakala Khotchaphon Thongkham berusia 27 tahun memandu Honda.

Selain tiga pelajar itu, pemandu kedua-dua kenderaan turut cedera dan dibawa ke Hospital Phrom Khiri untuk rawatan.

Ketua Balai Polis Phrom Khiri, Kolonel Polis Veerasak Sritong berkata van sekolah itu mengalami kerosakan teruk pada bahagian hadapan.

Kereta Honda itu pula mengalami kerosakan apabila tayar kanan hadapannya tercabut dan bahagian depannya remuk. - Agensi.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain