suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu kandung nekad culik anak sendiri, rupanya tanggung rindu 3 tahun

Seorang kanak-kanak lelaki diculik ibu kandung. -Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa penculikan.

Namun siapa sangka, penculiknya adalah ibu kandungnya sendiri.

Kejadian berlaku di Johar Baru di Jakarta Pusat, Indonesia.

Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Metro Jakarta Pusat, AKBP Chandra Mata Rohansyah berkata, bapa mangsa berusia 34 tahun membuat laporan polis mengenai kehilangan kanak-kanak itu, pada Jumaat.

"Berdasarkan nombor plat motosikal, Pasukan Unit Siasatan Jenayah mencari alamat di kawasan Bojong Gede, Bogor dan berjaya menahan suspek berusia 33 tahun dan 32 tahun," kata Chandra dalam kenyataan pada Ahad.

Chandra berkata, salah seorang suspek merupakan ibu kepada mangsa.

Berdasarkan pengakuan suspek, dia nekad berbuat demikian kerana merindui anaknya yang sudah tiga tahun terpisah selepas bercerai dengan bekas suami.

Bagaimanapun katanya, kes tersebut telah diselesaikan secara baik.

Menurutnya, bapa mangsa bersetuju untuk menyelesaikannya secara baik dengan bekas isteri. -OkeNews

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain