suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Misteri kehilangan isteri terungkai, suami temukan mayat dalam perut ular gergasi

Tangkap layar video ketika mayat pekebun ditemukan. -Foto Heraloebss

SEORANG pekebun terkorban selepas dibaham seekor ular sawa gergasi ketika mahu menjual hasil kebunnya, dalam kejadian pada Jumaat.

Mangsa, Farida, yang berusia 50 tahun itu dilaporkan hilang oleh suami apabila menyedari isterinya tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dijejaki sejak Khamis.

Menurut portal Wartabanjar, kejadian tragis itu berlaku di Dusun III Paraja, Desa Kalempang wilayah Sulawesi Selatan, Indonesia.

Penghulu Desa Kalempang, Suardi Rosi memberitahu suami mangsa menemukan seekor ular gergasi berukuran tujuh meter dengan bonjolan pada perutnya.

Gara-gara curiga melihat perut ular sawa berkenaan, suaminya memanggil orang sekitar kampung untuk membunuh haiwan liar tersebut.

Kemudian, mereka membelah perut ular berkenaan dan menemukan mayat Farida di dalamnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain