suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parti hari lahir bertukar tragedi, budak lelaki saksi ayah tembak kekasih ibu

Bedah siasat dilakukan bagi mengetahui punca kematian. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki bertindak melepaskan tiga das tembakan dengan menggunakan pistol 9mm, ke arah kekasih bekas isterinya semasa majlis sambutan hari kelahiran anak mereka yang berusia satu tahun.

Mangsa, Peerapol Lumrod, 28, disahkan maut ketika menerima rawatan di unit kecemasan Hospital Phra Chom Klao akibat kecederaan parah di bahagian pinggul.

Pengarah Balai Polis Wilayah Phetchaburi, Thailand, Wanchai Khaoram berkata, siasatan mendapati motif di sebalik tembakan adalah disebabkan cemburu.

Ujar beliau, pertengkaran yang berlaku antara suspek dan bekas isterinya telah membawa kepada tragedi tembakan yang turut disaksikan oleh kanak-kanak tersebut.

Malah, suspek Pipat Ngamsuk sempat melarikan diri dari tempat kejadian namun akhirnya tampil menyerah diri.

"Kami sedang menjalankan siasatan menyeluruh dengan semua pihak yang terlibat untuk menentukan punca sebenar kejadian ini," jelas Wanchai Khaoram. -Thaiger

Artikel Lain