suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Subuh... Geng motor serang remaja 17 tahun depan masjid, mangsa cedera kena 12 tikaman

Tangkap layar rakaman CCTV yang tular.

RAKAMAN kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sekumpulan individu menyerang seorang remaja lelaki di hadapan sebuah masjid tular di media sosial.

Kejadian di Kabupaten Magelang, Indonesia itu menyebabkan mangsa cedera akibat terkena 12 tikaman yang dilakukan kumpulan berkenaan.

Menurut akaun Instagram @liputan.magelang, serangan itu dilakukan sekumpulan remaja yang menaiki motosikal di hadapan Masjid Cawang sebelum waktu Subuh, pada Ahad.

Mangsa ditemukan jemaah yang datang ke masjid untuk menunaikan solat Subuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh! Kenderaan peronda polis rempuh masuk wad kecemasan untuk berkas jururawat lelaki cabul doktor

Saksi awal kemudiannya segera melaporkan kes itu kepada pihak berkuasa.

Dalam pada itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Magelang, Pesuruhjaya Rifeld Constantien Baba berkata mangsa baru berusia 17 tahun.

"Kita sudah jalankan siasatan. Kami mendapati serangan itu berpunca daripada cabaran di media sosial.

"Mangsa kini semakin pulih kerana (mengalami) lebih kurang 12 tikaman. Polis masih menjalankan proses siasatan, mohon doakan mereka berjaya ditangkap.

"Mangsa sudah pulang ke rumah, dia alami luka pada paha, belakang, kaki dan lengan," katanya. - Detik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain