suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

7 gadis miskin dirogol, terpedaya selepas profesor palsu tawarkan biasiswa pendidikan

Mangsa rogol berdepan trauma berpanjangan dalam hidup mereka. -Gambar hiasan

SERAMAI tujuh gadis menjadi mangsa rogol sekumpulan tiga lelaki selepas mereka terjerat dalam penipuan biasiswa pendidikan.

Menurut polis Madhya Pradesh, India, kejadian ini berlaku sejak Januari lalu, namun siasatan baru dimulakan selepas dua mangsa yang terselamat membuat laporan.

“Seorang mangsa yang terselamat berjaya melarikan diri, pada masa yang sama, kami juga menerima panggilan daripada mangsa lain yang terselamat.

"Setelah membuat analisis, kami mendapati rekod butiran panggilan atas nombor telefon yang sama digunakan berulang kali, membolehkan kami mengesan mangsa lain," kata Superintendan Polis Sidhi Ravindra Verma.

Bagaimanapun dia mendakwa sekurang-kurangnya tujuh gadis di daerah Sidhi tertipu dan dirogol oleh suspek yang turut dibantu oleh dua orang rakannya.

Jelasnya lagi, suspek yang dikenali sebagai Brajesh Prajapati, 30, menggunakan taktik penipuan biasiswa ke atas gadis yang kebanyakannya golongan bawahan dengan masalah kewangan keluarga.

Malah suspek juga dikatakan menggunakan aplikasi pengubah suara untuk menyamar sebagai profesor wanita selepas mempelajarinya di YouTube. -The Indian Express

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain