suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cubaan liwat gagal! Budak lelaki diculik, dibunuh dua beradik

Setiap pesalah akan diberikan hukuman setimpal. -Gambar hiasan

DUA beradik ditahan selepas dipercayai terlibat dalam pembunuhan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang mayatnya ditemui dalam kolam di Navi Mumbai, India.

Kedua-duanya dikenali sebagai Ramzan Mohammad Kuddus Shaikh, 20, dan abangnya Azad Mohammad, 30, didakwa atas tuduhan membunuh selepas salah seorang suspek menculik kanak-kanak lelaki itu dari kawasan Thakurpada dan cuba meliwatnya.

Difahamkan, mangsa telah membunyikan penggera sebelum kejadian berlaku.

Ekoran daripada itu, suspek pertama membunuhnya manakala abangnya bertindak membuang mayat ke dalam kolam di sebuah kampung berhampiran Taloja di Navi Mumbai.

Mayat mangsa ditemukan dengan tangan terikat dan kecederaan di kepala.

Terdahulu, budak lelaki itu hilang pada 25 Mac selepas dia keluar rumah untuk bermain. - India TV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain