suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragis! 2 minggu terbiar tanpa makanan, budak lelaki maut sebelah mayat ayahnya

Branson meninggal dunia kerana kelaparan.

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia dua tahun ditemukan mati bersebelahan mayat ayahnya dipercayai akibat ‘kebuluran’.

Insiden tersebut berlaku selepas ayahnya, Kenneth, 60, maut akibat serangan jantung pada 29 Disember lalu.

Memetik laporan Metro.co, kanak-kanak malang terbabit yang dikenali sebagai Bronson disahkan meninggal dunia kira-kira dua minggu selepas kematian ayahnya kerana terbiar tanpa makanan dan minuman.

Lebih menyayat hati apabila petugas kebajikan yang dijadualkan untuk melawatnya pada 2 Januari lalu, didakwa gagal untuk memastikan kanak-kanak terbabit berada dalam keadaan baik.

Ia berikutan, dia tidak dapat memasuki premis kediaman terbabit kerana dikunci.

Difahamkan, petugas kebajikan hanya berjaya menerjah masuk rumah tersebut pada 9 Januari lalu sebelum menemukan Bronson dalam persalinan baju tidurnya dengan keadaan 'bergulung'.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain