suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ngeri! Biker syok pulas minyak, tukar-tukar lorong waktu jalan sesak bergesel treler

Kemalangan yang mengakibatkan tulangnya patah

SEORANG penunggang motosikal berkuasa tinggi nyaris maut ketika melalui lebuh raya Florida yang sesak.

Menerusi rakaman video tular, penunggang motosikal jenis Honda CBR600RR itu dilihat memecut laju sambil bertukar-tukar lorong meskipun terdapat banyak treler.

Dia yang enggan memperlahankan kelajuan, kemudiannya cuba memintas sebuah treler di sebelah kiri sebelum melanggar bahagian belakang trak pikap berwarna hitam.

Pertembungan tersebut membuatkan dia tidak sedarkan diri dengan keadaan masih menunggang.

Pada masa sama, badannya bergesel dengan treler di lorong bersebelahan seterusnya tercampak ke dalam parit.

Kemalangan yang berlaku mengakibatkan lebih 20 tulangnya patah termasuk di muka, rusuk dan tulang belakang. - NDTV

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain