suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki tergamak pukul bakal isteri, berang diminta 'sponsor' baju kahwin pengantin perempuan

Kejadian lelaki memukul bakal isterinya yang berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

HATI siapa yang tidak kecewa apabila hari bahagia yang yang dinanti-nantikan tidak kesampaian.

Begitulah kisahnya untuk sorang lelaki di Konawe, wilayah Sulawesi Tenggara, Indonesia yang tergamak memukul bakal isterinya ketika dia diminta membayar kos pakaian untuk majlis perkahwinan mereka.

Perkahwinan lelaki dikenali sebagai AS, 26, dan pasangannya, IU sepatutunya berlangsung pada 24 Disember lalu, namun selepas kejadian itu, keluarga AS nekad membatalkan perkahwinan mereka.

“Keluarga pengantin lelaki membatalkan perkawinan kerana sudah tawar hati selepas kejadian itu. Kami sepatutnya berkahwin pada 24 Disember lalu,” kata IU.

Menurut IU, AS telah memberinya wang tunai berjumlah 40 juta rupiah (RM11,898) yang digunakan untuk menyewa pentas perkahwinan, gambar pra-perkahwinan dan mencetak kad jemputan.

Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju bahawa IU tidak perlu memulangkan wang tersebut kerana perkahwinan mereka dibatalkan oleh keluarga pengantin lelaki. - Detik.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain