suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Influencer mati ditembak suami, anak kecil jadi saksi

Mangsa maut selepas ditembak di hadapan anaknya pada Jumaat.

SEORANG pempengaruh media sosial yang juga ibu kepada tiga cahaya mata maut ditembak oleh suaminya pada Jumaat.

Mangsa, Theresa Cachuela, 33, ditemukan dengan kesan tembakan berhampiran pusat beli-belah Hawaii, kata Lt. Deena Thoemmes kepada pemberita.

Lebih mengerikan, mangsa ditembak di hadapan anak perempuannya yang berusia lapan tahun sebelum suaminya, Jason Cachuela, 44, membunuh dirinya sendiri.

Insiden itu berlaku hanya dua hari selepas hakim memberinya perintah sekatan terhadap lelaki itu, menurut pihak berkuasa dan dokumen mahkamah.

Menurut dokumen itu lagi, perintah sekatan sementara difailkan pada 8 Disember selepas suaminya didakwa mengancam untuk membunuh diri di hadapan isteri dan anak-anaknya pada 6 Disember

Untuk rekod, Theresa yang dikenali sebagai Bunny Bontiti memiliki 20,000 pengikut di Instagram. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain