suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami tetap maafkan isteri selepas insiden potong zakar, buang dalam tandas

Mangsa memaafkan isterinya dan menganggap kejadian itu sebagai takdir. -Gambar CEN

SEORANG lelaki memilih untuk memaafkan isterinya walaupun wanita itu telah memotong kemaluannya.

Berlaku di Sao Paulo, Brazil, wanita dikenali sebagai Daiane dos Santos Farias, 34, itu turut membuang alat sulit suaminya ke dalam tandas.

Menurut mangsa, dia mahu memaafkan isterinya dan menganggap apa yang berlaku sebagai takdir.

"Semuanya berlaku dengan cepat. Saya mempunyai kepercayaan, pertama sekali, kepada Tuhan, dan tiada apa yang berlaku dalam hidup tanpa izin Tuhan. Malangnya, ia berlaku dan itu sahaja.

"Memaafkan dia atau tidak, sebenarnya Tuhan yang memberi keampunan. Tapi ya, untuk pihak saya, dia sudah dimaafkan," ujar lelaki itu.

Untuk rekod, serangan agresif pada 22 Disember itu berlaku ketika mereka melakukan hubungan seks yang mana kaki serta tangan lelaki tersebut diikat pada katil.

Dalam keadaan terikat, wanita itu terus mengeluarkan pisau cukur dan memotong kemaluan mangsa.

Dia bertindak ganas kerana mengesyaki lelaki itu menjalin hubungan sulit dengan anak suadaranya yang berusia 15 tahun. - Daily Star.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Sebelum

Artikel Lain