suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berang ditegur hanya duduk rumah, cari kerja... Anak tergamak tetak bapa kandung

Lokasi kejadian seorang bapa ditetak anaknya sendiri. -Gambar rizal jalaludin/tribun jabar

SEORANG anak tergamak menetak bapa kandungnya gara-gara disuruh keluar mencari kerja.

Kejadian yang berlaku di Kampung Badak Putih di Pelabuhanratu, Sukabumi di Jawa Barat, Indonesia, pada Ahad, menggemparkan penduduk.

Tindakan suspek dipercayai kerana tersinggung dengan kata-kata bapanya.

Dalam kejadian pada kira-kira pukul 2 petang itu, pemuda berusia 28 tahun menikam bapa kandungnya berusia 65 tahun.

Memetik laporan TribunStyle, Ketua Polis Palabuhanratu, Kompol Mangapul Simangunsong berkata, pemuda itu menetak bapa kandungnya menggunakan parang.

“Kejadian berlaku apabila suspek dimarahi bapanya kerana hanya tinggal di rumah dan tidak bekerja, namun suspek tidak berang ditegur,” katanya.

Susulan itu, suspek bergegas ke dapur untuk mengambil parang sebelum menetak bapanya.

Keadaan dalam rumah mangsa berlumuran dengan darah sehingga ke halaman.

Menurut Mangapul, mangsa mengalami kecederaan parah dan segera dibawa penduduk ke hospital untuk menerima rawatan.

Sebaik menerima panggilan kecemasan, pihak polis segera bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Kes masih dalam siasatan polis.

Sebagai peringatan, perbuatan keganasan adalah salah dari segi undang-undang, maka semua pihak perlu menjauhinya. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain