suria

Bukan kopi! Tapi mi dan nasi segera berkafein, sasar peminat permainan video

Mi dan nasi segera dilancarkan di Jepun.

KITA sudah semestinya sudah tidak asing lagi dengan bahan kafein yang boleh membantu untuk 'celik mata' pada lewat malam.

Kafein biasanya terdapat dalam minuman kopi, namun begitu, di Jepun ada dilancarkan mi dan nasi segera berkafein.

Dikatakan sebagai alternatif kepada minuman bertenaga, syarikat pengeluar makanan ringan dan segera Jepun, Nissin itu menyatakan produk tersebut menyasarkan peminat permainan video yang sedang berkembang pesat.

Bilangan pemain permainan video di negara matahari terbit itu khususnya dikatakan melebihi 50 juta.

Angka itu kira-kira 40 peratus daripada penduduk Jepun, pada 2022.

Makanan yang diletakkan kafein itu akan dipasarkan di Jepun mulai 18 September ini.

Ia boleh didapati dalam dua perisa iaitu yakisoba (mi goreng) bawang putih dan lada hitam, serta nasi kari keema halia.

Kedua-dua produk mengandungi bahan-bahan yang terdapat dalam minuman tenaga seperti kafein, arginin, sejenis asid amino yang membantu badan menghasilkan protein dan niasin, juga dikenali sebagai Vitamin B3.

Kedua-dua produk didatangkan tanpa kuah sup jadi pengguna tidak perlu risau tangan atau persekitaran mereka kotor. - Merah Putih.com

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain