suria

Pelajar meraung tangan bengkak, melepuh... Dakwa guru celup dalam air mendidih di asrama

Keadaan tangan seorang pelajar asrama selepas dicelupkan ke dalam air yang mendidih.

NASIB malang menimpa seorang pelajar sekolah menengah apabila tangannya dicelup dalam air yang sedang mendidih.

Insiden tersebut didakwa merupakan angkara seorang guru di sebuah asrama.

Keadaan pelajar lelaki yang menjadi mangsa aniaya guru itu kini amat menyedihkan.

Kejadian berlaku di Flores Timur di Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Memetik TribunStyle, mangsa mengalami kecederaan parah akibat tangannya dicelup dalam air mendidih oleh guru yang tidak bertanggungjawab di sekolahnya.

Berang anak diperlakukan sebegitu, ibu bapa mangsa kemudian membuat laporan polis.

Seorang ahli keluarga asrama berkata, kejadian berlaku di asrama pada 8 malam Rabu lalu.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami luka dan bengkak di tangan.

Malah, mangsa mengadu kesakitan dan tidak boleh tidur sehingga pagi.

"Kami sangat kecewa. Lebih menyakitkan apabila melihat tangan mangsa melepuh, dia (pelaku) tidak ada perikemanusiaan untuk memberikan bantuan perubatan," kata Eman kepada pemberita di Larantuka, pada Jumaat.

Dia berharap polis segera menjalankan siasatan agar pelaku tidak mengulangi perbuatannya.

"Kita harap polis segera menyiasat dan pihak sekolah memberi teguran keras kepada pelaku.

"Jika perlu, diberhentikan guru itu supaya kes ini tidak berulang dan berlaku kepada pelajar lain," katanya. - Tribun Jatim

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain