suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perompak berputih mata, kesemua 200 sneakers curi untuk kaki kanan

Pencuri tidak menyangka hanya mendapatkan kasut sebelah kanan.

TIGA penjenayah di Peru terpaksa berputih mata selepas rompakan di sebuah kedai kasut berakhir dengan sia-sia.

Ia berikutan, tiga peti besar berisi kasut sneaker pelbagai jenama yang dicuri hanya mengandungi kasut untuk kaki kanan sahaja.

Difahamkan, pemilik kedai sudah mengasingkan kasut berkenaan untuk diletakkan di bahagian pameran.

"Kami telah menjalankan pemeriksaan di tempat kejadian, perkara khusus mengenai kecurian ini ialah hanya kasut kaki kanan telah dicuri," ujar ketua polis wilayah Junín, Eduan Díaz.

Tambahnya, kesemua pencuri masih belum dikenal pasti walaupun perbuatan mereka telah dirakam kamera pengawasan di kawasan tersebut.

Barang curi juga tidak dapat dijual dalam pasaran gelap kerana hanya mempunyai sebelah kasut sahaja.

Susulan kecurian tersebut, pemilik menganggarkan kerugian sebanyak RM58012.50 ($13,000) meskipun sebelah kiri kasut masih dalam simpanan mereka. - oddity central

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

pencuri kasut, pecah kedai, Peru, perompak,

Artikel Lain