suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anjing setia mati kerana terlampau sedih, ‘menyusul’ beberapa hari selepas pemilik meninggal dunia dalam kemalangan tragis

Camila (kiri) merupakan anjing kesayangan Alma (kanan).

SEEKOR anjing betina yang dipelihara seorang gadis akhirnya mati, beberapa hari selepas pemiliknya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Dalam kemalangan tragis pada 6 Mei lalu, gadis bernama Alma Adriana Alonso Ocanas, 22, sedang memandu pulang ke rumah dari universiti apabila sebuah lori merempuh keretanya di Hualahuises, Nuevo León, Mexico.

Rakannya, Raquel Guadalupe Ochoa Villanueva, 21, turut terbunuh dalam nahas berkenaan.

Anjing peliharaan Alma, Camila, dikatakan terlalu bersedih dan kesunyian selepas pemergian gadis tersebut.

Delia, ibu kepada Alma, berkongsi kisah sedih itu di media sosial.

"Anak perempuanku, pagi ini anjing kamu, Camila, mati. Camila tidak dapat menahan kesedihan yang mendalam.

"Semalam mereka membawanya untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kamu, mereka melihat matanya penuh dengan kesedihan yang mendalam," tulisnya.

Alma ialah seorang pelajar perakaunan di Universidad Autónoma de Nuevo León (UANL).

Polis kini masih memburu pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan itu yang dikatakan melarikan diri sejurus nahas berlaku. - Dailystar

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain