suria

Tragedi 1 Ramadan... Penduduk miskin berhimpit, ada yang meninggal dunia akibat dipijak ketika ambil makanan percuma

Mangsa dipijak ketika proses agihan tepung percuma pada Khamis. Foto: AFP.

SEORANG individu maut manakala lapan lagi cedera dalam rempuhan yang berlaku ketika agihan bahan makanan percuma di Pakistan pada Khamis.

Dalam kejadian pada hari pertama Ramadan itu, ratusan penduduk miskin berhimpit untuk menerima agihan tepung percuma di sebuah pasar tempatan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa.

“Sembilan orang telah dipijak dan dibawa ke hospital yang mana seorang meninggal dunia,” kata Muhammad Arif, ketua polis Charsadda.

Difahamkan, harga barangan makanan asas telah melonjak sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan inflasi yang berada pada paras tertinggi.

Ia menyebabkan ramai penduduk negara itu berada dalam kesempitan kewangan.

Malah, berjuta-juta keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara didaftarkan di bawah skim agihan bahan makanan percuma itu.

Dalam kejadian berasingan di daerah berhampiran, seorang lelaki maut dan empat lagi cedera apabila tembok yang mereka duduki runtuh ketika orang ramai berkumpul untuk mendapatkan tepung percuma. - UCANEWS.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain