suria

Tragis... Remaja maut ditikam 30 kali oleh rakan sekelas selepas lapor kes buli kepada guru

Mayat mangsa (gambar kecil) ditemui di kawasan hutan berhampiran stesen kereta api terbiar di Freudenberg, Jerman. Foto: Newsflash

DUA remaja didakwa membunuh rakan sekelas mereka berusia 12 tahun selepas mangsa dikatakan melaporkan kepada guru bahawa kedua-dua suspek sering membulinya.

Mangsa yang hanya dikenali sebagai Luise F, dilaporkan menjadi mangsa buli kepada suspek sejak beberapa bulan lalu.

Mangsa berada di rumah salah seorang suspek di Hohenhain, sebuah kampung berhampiran Freudenberg, Jerman pada 11 Mac tetapi tidak pulang ke rumahnya sendiri selepas beberapa ketika.

Ibu bapa mangsa cuba menghubunginya, tetapi gagal lantas mereka membuat laporan polis mengenai kehilangannya.

Selepas melancarkan pencarian besar-besaran, polis menemui mayat remaja malang itu di kawasan hutan berhampiran stesen kereta api terbiar yang terletak sekitar 1.2 batu dari rumahnya.

Tubuh badan mangsa juga berlumuran darah dengan 30 kesan tikaman dikesan.

Selepas dilakukan bedah siasat, pakar patologi mendapati mangsa mengalami pendarahan yang dikenalpasti menjadi punca kematiannya.

Sehingga kini, tidak diketahui mengapa mangsa memutuskan untuk bertemu dengan dua suspek walaupun selepas dia dibuli dengan teruk, lapor media.

Polis bagaimanapun masih mencari senjata pembunuhan, sementara siasatan kes masih diteruskan. - Mirror

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain