suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sudah rompak bersenjatakan parang, paksa anggota tentera wanita buka baju pula

Pasukan polis pada sidang media berhubung kes pecah masuk rumah seorang anggota tentera wanita. foto Istimewa/ Kompas

SEORANG anggota tentera wanita atau Korps Wanita Angkatan Darat (Kowad) menjadi mangsa rompakan ketika sedang tidur di kediamannya di Kalimantan, Indonesia, awal pagi Jumaat.

Dua suspek, Andi Abu Farmi dan Agus Rian Saputra, memecah masuk rumah mangsa dalam kejadian di Kelurahan Timbau, Tenggarong, pada pukul 4.30 pagi.

Kedua-dua suspek berusia 27 tahun yang bersenjatakan parang memecah masuk rumah menerusi tingkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Motosikal ditendang, gadis diheret ke hutan nyaris dirogol 2 lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri jadi saksi, suami tergamak rogol anak kandung sendiri... siap ugut dengan parang

Mangsa yang sedang tidur ketika itu kemudian dipaksa supaya membuka baju.

Bagaimanapun, mangsa berjaya melawan dalam insiden tersebut.

"Suspek hanya melarikan wang, barang kemas dan telefon bimbit milik mangsa," kata Pegawai Polis Jenayah Kukar, AKP Dedik Santoso pada sidang media, Jumaat.

Kedua-dua suspek berjaya ditahan susulan laporan polis dan pengecaman identiti dibuat oleh mangsa.

Dedik berkata, hasil siasatan mendapati kedua-dua suspek merupakan bekas banduan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain