suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Terkejut lihat ukiran wajah makhluk asing di Marikh

UKIRAN wajah makhluk asing itu sama seperti cara ukiran wajah Presiden Amerika Syarikat di Gunung Rushmore.— Agensi

SEORANG lelaki di Taiwan mendakwa dia terlihat satu ukiran kepala makhluk asing di Gunung Martian yang berada di planet Marikh.

Lelaki yang dikenali sebagai Scott C Waring memberitahu, ukiran wajah makhluk asing itu sama seperti cara ukiran wajah presiden Amerika Syarikat di Gunung Rushmore.

Jelasnya, dia merakam gambar ukiran itu dari kediamannya dan memaklumkan bahawa ukiran itu dianggarkan berusia 10,000 tahun.

" Ini merupakan bukti bahawa ada makhluk yang hidup di planet merah itu sebelum ini.

"Saya menjumpai wajah makhluk asing kuno yang diukir di sisi atas gunung. Ini menunjukkan profil sisi spesies makhluk asing yang serupa dengan manusia," katanya.

Tambahnya lagi, dia menjangkakan bahawa usia ukiran itu setelah melihat kepada kehausan permukaan kawasan sekitar di sana.

Hurainya lagi, ukiran itu memberi gambaran tentang bagaimana rupa makhluk asing di Marikh sejak dulu.

"Sudah jelas mereka juga pandai mengukir wajah ini di sisi gunung. Bukti yang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan luar bumi juga mempunyai kepandaian sendiri.

"Dan ini membuktikan makhluk asing berkeliaran di permukaan Marikh," ujarnya. — Agensi

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Marikh, Taiwan, Waring, Makhluk asing, ukiran

Artikel Lain