suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki meronta nak lari kerana takut disuntik, rakan-rakan terpaksa ‘bergelut’

Gelagat lucu di mana beberapa pemuda terpaksa 'bergelut' kerana rakan mereka tidak mahu menerima suntikan vaksin Covid-19.

PELBAGAI ragam dan karenah lucu orang ramai ketika mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 yang dikongsikan di media sosial.

Di Twitter, tular sebuah video yang memaparkan beberapa pemuda cuba melakukan pelbagai usaha untuk memujuk seorang rakan mereka mendapatkan suntikan.

Menerusi video berdurasi 1.20 minit itu, pemuda-pemuda berkenaan dilihat memegang erat rakan mereka yang cuba meronta-ronta mahu melepaskan diri apabila tiba giliran untuk disuntik.

Usaha mereka berhasil apabila petugas kesihatan akhirnya berjaya memberikan suntikan kepada lelaki berkenaan.

Video tersebut menjadi tular selepas dikongsi oleh seorang wartawan bernama Aniil Dubey di Twitter.

Menurut kapsyen pada video tersebut, difahamkan insiden itu berlaku di pusat vaksinasi di Bundelkhand, Madhya Pradesh.

Video tersebut mengundang reaksi netizen yang terhibur melihat gelagat lelaki berkenaan dan dalam masa yang sama memuji kesungguhan usaha rakan-rakannya. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain