suria

Saintis dakwa kejohanan sukan tentera jadi lokasi penyebaran Covid-19

JINGSHENG mendakwa China sengaja menyebarkan virus itu dua bulan lebih awal sebelum dunia mengetahuinya. — AFP

SEORANG saintis mendakwa China secara sengaja menyebarkan wabak Covid-19 dalam satu kejohanan sukan tentera, dua bulan sebelum dunia mengetahui kewujudan penyakit terbabit.

Menurut saintis terbabit yang pernah berkhidmat dalam Parti Komunis China, Wei Jingsheng, Sukan Ketenteraan Dunia pada Oktober 2019 berkemungkinan menjadi lokasi pertama penyebaran wabak terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu 4 anak siar mesej antivaksin, meninggal dunia akibat Covid-19

ARTIKEL BERKAITAN: Penerima dos lengkap 4 jenis vaksin ini dapat 'lampu hijau' ke UK... Malaysia antara 17 negara tersenarai

Malahan, kejohanan tersebut diadakan di bandar Wuhan, yang dikatakan menjadi lokasi bermulanya penyebaran Covid-19 sebelum merebak di seluruh dunia.

Jingsheng juga mendakwa segelintir atlet antarabangsa yang menyertai kejohanan itu secara tiba-tiba jatuh sakit akibat penyakit misteri.

"Saya berpendapat kerajaan China akan mengambil peluang itu untuk menyebarkan virus ketika Sukan Ketenteraan kerana ramai orang luar berkumpul di situ," katanya dalam satu dokumentari terbitan Sky News berjudul What Really Happened in Wuhan.

Tambah Jingsheng, dia juga mendengar ura-ura bahawa kerajaan China menjalankan 'latihan luar biasa' ketika acara tersebut.

"Berkemungkinan kerajaan China menggunakan senjata yang aneh termasuklah senjata biologi kerana saya tahu mereka melakukan pelbagai eksperimen," ujarnya.

Dakwaan Jingsheng itu disokong oleh bekas Penasihat Utama China ke Jabatan Dalam Negara Amerika Syarikat (AS), Miles Yu.

Menurut Yu, atlet Perancis, Jerman dan AS antara yang jatuh sakit dan mengalami simptom hampir sama seperti pesakit Covid-19.

"Mereka bagaimanapun tidak menjalani ujian untuk virus tersebut," katanya lagi.

Dalam pada itu, Jingsheng mendakwa pernah menyuarakan kebimbangannya tentang situasi tersebut kepada pegawai tertinggi pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump tetapi tidak dilayan. — DailyMail

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Covid-19, China, Wei Jingsheng, sukan, sebar

Artikel Lain