suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu 4 anak siar mesej antivaksin, meninggal dunia akibat Covid-19

SATU daripada mesej berbaur antivaksin Kristen Lowey yang disiarkan di Facebook.

TIDAK lama dahulu, Kristen Lowery pernah menyiarkan fotonya memegang gambar berbaur antivaksin dan juga gemar meninggalkan komen perkara yang sama di media sosial.

Namun wanita berusia 40 tahun dari Escalon, California itu meninggal dunia pada 15 September lalu selepas dijangkiti Covid-19.

Dalam akaun Facebooknya, dia melancarkan protes antivaksin dan menggelar dirinya sebagai seorang yang tidak akan memakai pelitup muka, tidak akan mengambil vaksin dan tidak takut wabak itu.

Satu lagi hantarannya menyebut dirinya sebagai seorang yang berfikiran bebas.

Namun baru-baru ini keluarganya menulis di akaun Lowery untuk memberitahu bahawa wanita itu dimasukkan ke hospital akibat Covid-19.

Kemudian pada minggu lalu, dua ahli keluarganya memberitahu bahawa Lowery meninggal dunia akibat wabak itu dan meninggalkan empat orang anak.

"Ramai orang perlukannya tetapi Tuhan lebih perlukannya di syurga," tulis mereka. — Mirror

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kristen Lowery, antivaksin, Covid-19

Artikel Lain