suria

Enggan ikut ritual simpan gigi si mati, wanita ini khuatir dicerai suami

WANITA itu mengetahui ritual tersebut selepas menghadiri pengkebumian nenek suaminya baru-baru ini. — Agensi

SETIAP keluarga ada cara tersendiri untuk berkabung atau memperingati pemergian insan yang mereka sayang.

Antaranya, menyimpan abu atau potret di mati sebagai tanda kita sentiasa mengingati mereka yang telah pergi buat selama-lamanya.

Tapi bagi seorang wanita ini, dia amat terkejut apabila mengetahui amalan pelik keluarga suaminya iaitu menyimpan gigi orang mati dalam poket.

Ritual pelik itu membuatkan wanita yang tidak dinamakan itu, menolak amalan tersebut yang dianggap sebagai menakutkan.

Wanita itu mendedahkan perkara tersebut dalam laman forum Reddit dan meminta pendapat ramai untuk menangani senario itu.

"Keluarga suami saya mempunyai ritual menakutkan apabila melibatkan soal kematian dan pengkebumian.

"Mereka dari Wales tetapi saya tidak fikir ia merupakan budaya di sana dan saya tidak menemukan amalan itu dilakukan oleh penduduk lain," katanya menggunakan nama DeathTeethStory.

Katanya sebelum ahli keluarga suaminya dikebumikan, setiap seorang daripada mereka akan mengambil gigi si mati sebagai tanda kenangan.

"Mereka juga akan menyimpan gigi itu dalam poket. Malah mereka ada sistem untuk memilih gigi si mati," jelasnya.

Wanita itu mengetahui ritual tersebut selepas menghadiri pengkebumian nenek suaminya baru-baru ini.

"Suami saya sangat marah kerana saya tidak mahu terlibat dalam ritual itu.

"Pada waktu itu, saya fikir soal tidak mahu membawa gigi si mati. Kemudian saya terfikir bahawa saya akan menerima nasib yang sama apabila mati nanti.

"Suami bertanya kepada saya sama ada saya mahu menafikan hak anak-anak untuk menyimpan satu kenangan buat mereka setelah saya mati?"

"Bagi saya, ritual ini amat gila. Saya tidak mahu gigi saya diberikan kepada orang lain selepas mati.

"Berdasarkan perbualan terakhir kami, saya rasa suami saya mahu bercerai," katanya. — DailyStar

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

ritual pelik, gigi, poket

Artikel Lain