suria

Cipta rekod! Universiti Purdue hasilkan cat paling putih dunia

CAT ini menggabungkan zarah barium sulfat yang boleh memantulkan 98.1% sinaran suria dan menjadikan permukaan yang dicat terasa lebih sejuk. — Agensi

SATU rekod dunia unik tercipta dalam rekod dunia Guinness selepas penyelidik dari Universiti Purdue menghasilkan cat yang direkodkan paling putih di dunia.

Rekod tersebut juga akan dimasukkan dalam Guinness Book of World Records edisi 2022.

Cat itu diihasilkan oleh Profesor kejuruteraan mekanikal Universiti Purdue di West Lafayette, Indiana, Amerika Syarikat, Xiulin Ruan dan pasukannya.

Menurutnya, penghasilan cat itu pada asalnya merupakan projek untuk menghasilkan cecair pelitup objek yang boleh memantulkan cahaya matahari dari sebuah bangunan.

Jelasnya lagi, keupayaan memantulkan cahaya matahari itu juga boleh menurunkan penggunaan tenaga sekali gus bertindak sebagai alat untuk memerangi perubahan iklim.

"Penghasilan cat menggabungkan zarah barium sulfat yang boleh memantulkan 98.1% sinaran suria dan menjadikan permukaan yang dicat terasa lebih sejuk daripada permukaan sekitarnya.

"Proses membuat cat reflektif mempunyai kesan sampingan menjadikan cat menjadi putih, " katanya.

Menurut Xiulin lagi, dia dan pasukannya mendapati penggunaan bahan barium sulfat sebahagiannya mempengaruhi warna yang terhasil untuk cat itu.

Katanya lagi, penggunaan ukuran zarah yang berbeza dalam cat menyebabkan ia memantulkan spektrum cahaya matahari yang lebih besar. — Agensi

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Artikel Lain