suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sangka ada ‘tandas’ di tebing, lelaki terjatuh dari ketinggian 100 kaki

Seorang lelaki terjatuh dari tebing di Cornwall, England, ketika hendak ke 'tandas'. foto Getty Images/iStockphoto/ Daily Star

SEORANG lelaki terjatuh dari tebing pada ketinggian 100 kaki ketika cuba pergi ke 'tandas'.

Menurut polis, lelaki berkenaan dikejarkan ke hospital selepas dia melompat pagar dan menyedari tiada apa-apa di sebelah 'bahagian tebing'.

Mangsa dikatakan terjatuh pada ketinggian antara 70 dan 100 kaki di Narrowcliff di Newquay, England.

Helikopter pengawal pantai, polis dan ambulans bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut laporan Cornwall Live, mangsa mengalami patah buku lali dan kesan luka akibat kejadian itu.

Seorang jurucakap Polis Devon and Cornwall berkata, mereka menerima panggilan daripada HM Coastguard pada kira-kira pukul 12.40 pagi Jumaat, mengenai seorang lelaki terjatuh dari tebing.

"Lelaki berusia lingkungan 20-an itu dikatakan terjatuh pada ketinggian antara 70 kaki dan 100 kaki selepas melompat pagar untuk ke tandas, dan tidak menyedari tiada apa-apa di sebelah tebing." - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain