suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Geng samseng buli warga emas, sepak terajang hingga jatuh dalam sungai

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

TIDAK berperikemanusiaan.

Mungkin itulah kata-kata yang sesuai untuk menggambarkan tindakan kejam sekumpulan samseng di Warrington, England.

Menerusi satu video tular, mereka dirakam sedang menyepak seorang lelaki tua sehingga mangsa terjatuh ke dalam sungai.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa, seorang pesara berusia 74 tahun menjadi sasaran kumpulan samseng itu ketika berada di kawasan Sungai Mersey pada Isnin lalu.

Lebih kejam, mereka turut melarikan diri sambil ketawa selepas melakukan perbuatan itu.

Mangsa kemudiannya diselamatkan oleh seorang wanita.

Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain